fbpx
Antara kereta yang berjaya ditemui semula selepas penahanan dua ahli sindiket ini menerusi Op Lejang.

Sindiket curi kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua lelaki yang juga ahli sindiket curi kenderaan berjaya diberkas dalam Ops Lejang di sekitar kawasan Sentul pada 10 Mei lalu.

Operasi pukul 7.30 malam itu telah dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun.

“Modus operandi sindiket ini adalah mencuri kenderaan sebelum meninggalkannya di tepi jalan tanpa menukar nombor pendaftaran.

“Mereka juga akan menunggu masa yang sesuai untuk meleraikan komponen kenderaan sebelum dijual di kedai barangan lusuh secara berasingan di sekitar Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek yang ditangkap juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan telah direman di IPD Sentul bagi membantu siasatan.

“Polis turut menemui tiga buah kenderaan yang dilaporkan hilang di kawasan Kepong melibatkan kereta jenis Mazda 323, Proton Iswara dan Proton Wira bernilai RM50,000.

“Polis percaya dengan tertangkapnya ahli sindiket ini telah berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian kenderaan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur (6) dan Selangor (1),” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI