fbpx

Akad nikah 332 pasangan bakal pengantin ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Akad nikah melibatkan seramai 332 pasangan bakal pengantin di daerah Kota Setar ditangguhkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut bermula esok hingga 1 Jun depan.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, sebanyak 332 kebenaran berkahwin telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut ditangguhkan.

“Semua bakal pengantin terlibat diminta untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar selepas PKPD berakhir bagi mendapatkan tarikh akad nikah baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, semua masjid ghairu jamek dan surau dalam daerah ini juga diarahkan tutup sepenuhnya dalam tempoh PKPD.

“Masjid hanya dibuka untuk solat fardu berjemaah dengan bilangan lima orang yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatan kuasa kariah,” ujarnya.

Menurutnya, solat Jumaat pula hanya dibenarkan dengan bilangan 12 orang terdiri daripada kalangan pegawai masjid dan ahli jawatan kuasa kariah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI