fbpx

Peta Google rakam bangunan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
– Imej bangunan yang dirakam di peta Google itu tidak kelihatan bertindih dengan bangunan lain dan tidak wujud. -Twitter

LONDON – Seorang pengguna Twitter terkejut apabila aplikasi peta Google yang digunanya mengesan sebuah bangunan yang tidak wujud, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Kimberly menerusi ciapan di Twitter terkejut apabila melihat imej sebuah bangunan bersebelahan bangunan Mahkamah Majistret Manchester pada aplikasi tersebut.

“Bangunan apakah itu? Sepatutnya tiada bangunan lain di sebelah Mahkamah Majistret Manchester.

“Bangunan itu kelihatan seperti ‘dilekatkan’ pada bangunan-bangunan lain dan saya pasti ia tidak wujud,” tulisnya di Twitter.

Beberapa pengguna Twitter lain yang turut terkejut melihat imej itu membuat telahan termasuk gambar itu mungkin dirakam dari dimensi berbeza dan bangunan tersebut merupakan sebuah hotel berhantu.

Rakaman bangunan tidak wujud atau hotel berhantu itu bukanlah imej pertama membabitkan kemungkinan kejadian paranormal di Manchester yang berjaya dirakam oleh aplikasi peta Google. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN