fbpx

Qatar umum sokongan kepada Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar Qatar menggesa Israel menamatkan pengeboman ke atas Gaza. - Morocco World News

DOHA, Qatar – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdul Rahman al-Thanis bertemu pemimpin politik pergerakan Hamas semalam dan menggesa Israel menamatkan pengeboman ke atas Gaza, lapor media kerajaan.

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera untuk menamatkan serangan kejam dan berterusan Israel terhadap penduduk awam di Gaza dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis,” kata Sheikh Mohammed yang dipetik agensi berita rasmi QNA.

Beliau turut memberi jaminan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berhubung sokongan  Qatar kepada saudara seagama di Palestin.

Pertemuan mereka diadakan ketika Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza sebagai membalas bedilan roket pejuang Palestin dari wilayah tersebut.

Keganasan itu berpunca daripada pertempuran antara penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Hamas kemudian mengeluarkan amaran kepada Israel untuk mengundurkan pasukan keselamatan nya sebelum membedil roket ke Israel.

“Kami memberi amaran bahawa Masjid Al-Aqsa adalah garisan merah (batas) dan kami memberitahu Benjamin Netanyahu supaya tidak bermain api,” kata Ismail Haniyeh kepada beratus-ratus penyokongnya di Doha.

Pemimpin Hamas itu hidup dalam buangan di Qatar demi keselamatan nya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI