fbpx

1,800 tidak hadir terima vaksin dos kedua di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) memeriksa mesin memantau oksigen dalam darah yang akan digunakan oleh pesakit di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu. Foto : ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai 1,800 individu yang berdaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dikenalpasti tidak hadir untuk menerima vaksin Covid-19 fasa kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sehubungan dengan itu, pihaknya terpaksa menggantikan penggiliran penerimaan vaksin kepada individu lain bagi mengelak berlakunya pembaziran.

“Hasil kajian yang dilakukan mendapati, ada beberapa faktor individu di Kelantan yang menolak untuk divaksin. Paling ramai menyatakan bahawa mereka meragui status halal dan haram.

“Selain itu, mereka juga merasakan bahawa vaksin itu tidak memberi manafaat untuk perlindungan selain takut akan berlaku kesan sampingan seperti yang diwar-warkan di media sosial sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Gelanggang Seni di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd.Azman Yacob.

PKRC Gelanggang Seni akan beroperasi mulai petang esok merupakan pusat kuarantin ke-10 di Kelantan dengan dilengkapi 30 katil klinikal dan 50 katil bertingkat.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, hasil kajian juga mendapati, dua peratus daripada 1.2 juta rakyat Kelantan menolak pengambilan vaksin Covid-19 manakala 83 peratus bersetuju menerimanya selain menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi.

Katanya, berdasarkan rekod JKNK, seramai 50,000 orang termasuk petugas barisan hadapan di Kelantan telah menerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama dan kedua.

“Justeru, sekiranya beg vaksin dibuka, kita mesti menggunakan sepenuhnya. Vaksin-vaksin itu tidak boleh simpan lagi di PPV.

“Disebabkan ramai masih berdegil dan tidak hadir pada program fasa kedua, kita terpaksa memasukkan semua nama mereka dalam fasa ketiga sepatutnya bermula pada bulan ini,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI