fbpx

Petugas Kesihatan dedikasi dua lagu buat rakyat negara ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video nyanyian petugas barisan hadapan yang tular sejak semalam.

PETALING JAYA – Sempena menyambut Aidilfitri dalam keadaan pandemik Covid-19, petugas-petugas kesihatan mengambil kesempatan mendendangkan dua buah lagu yang benar-benar menusuk jiwa buat sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan.

Lagu berkenaan didedikasikan buat seluruh rakyat negara ini yang masih dibelenggu pandemik berkenaan sehingga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia juga ditujukan buat semua petugas barisan hadapan yang masih bertungkus-lumus mengurus dan menjaga pesakit Covid-19 hingga kini.

Lagu berkenaan juga bersempena dengan ulang tahun Hari Jururawat yang di sambut semalam, iaitu pada 12 Mei setiap tahun.

Menerusi video berdurasi lima minit 41 saat yang dimuatnaik menerusi YouTube, lagu Belaian Jiwa dan Kau Ilhamku telah dinyanyikan beberapa orang doktor, jururawat dan petugas lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Nyanyian lagu turut diiringi dengan petikan piano dan gitar masing-masing oleh Dr. Tew Pei See dan Dr. Lee Tung Meng membuatkan lagu berkenaan tambah gemersik.

Berdasarkan pemerhatian setakat ini, video berkenaan telah mendapat 10,000 ‘view’ sejak tiga hari ia dimuat naik di laman sosial berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI