fbpx

Peluang Liverpool ke Liga Juara-Juara tampak cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino meraikan gol kedua Liverpool ketika menewaskan Manchester United 4-2 pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi tadi. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp optimis peluang untuk melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara terbuka luas selepas merekodkan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Manchester United di Stadium Old Trafford awal pagi tadi.

Gol-gol The Reds telah dijaringkan oleh Diogo Jota, Roberto Firmino (dua gol) dan Mohamed Salah sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama buat Klopp di gelanggang keramat United itu sejak mengambil alih pasukan pada 2016.

Kata Klopp, anak-anak buahnya berhak mengutip tiga mata penuh berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami berhak untuk menang pada perlawanan ini yang saya anggap memberi suntikan moral dalam memastikan perjuangan pemain untuk membantu pasukan layak ke Liga Juara-Juara masih terbuka.

“Secara matematiknya, kami perlu menang baki tiga perlawanan menentang West Brom, Burnley dan Crystal Palace yang boleh memberi cabaran tersendiri jika pasukan tidak fokus.

“Apa yang pasti, saya berpuas hati dengan apa yang pasukan pamerkan selain semua pemain memberi komitmen penuh khususnya Roberto Firmino yang saya anggap bermain cukup cemerlang kali ini,” katanya.

Liverpool kini di kedudukan kelima liga dengan mengumpul 60 mata selepas mengharungi 35 perlawanan dengan empat mata dibezakan dengan pasukan Chelsea di kedudukan keempat liga. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI