fbpx

Daerah di China larang parti hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daerah Funing melarang parti hari jadi dan majlis keraian lain susulan arahan pemerintah pusat supaya lebih berjimat cermat. - Xinhua/South China Morning Post

BEIJING – Sebuah daerah di barat daya China melarang parti hari jadi dan majlis keraian lain susulan arahan pemerintah pusat supaya lebih berjimat cermat.

Ia juga melaksanakan undang-undang baharu untuk majlis perkahwinan dan pengebumian termasuk larangan hadiah wang tunai melebihi 200 yuan (RM128).

Peraturan di daerah Funing itu membabitkan semua anggota Parti Komunis, kakitangan awam dan ketua organisasi kampung.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina untuk memberikan wang tunai sebagai hadiah pada majlis keraian.

Bagaimanapun, hadiah itu juga digunakan sebagai rasuah untuk mempengaruhi tuan rumah.

Ini bukan kali pertama Parti Komunis membanteras gejala tidak sihat dalam kalangan anggotanya.

Pada 2015, mereka dilarang daripada makan dan minum secara mewah, menyertai kelab golf atau kelab persendirian sebagai sebahagian daripada usaha membendung rasuah. 

Bagaimanapun, China sudah bertahun-tahun menggesa rakyatnya supaya mengdakan majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.

Pemerintah China mengecam cara hidup bermewah dan membazir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN