fbpx

Tiga penagih beraya dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga penagih dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Slow Machang, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Tiga lelaki terpaksa menyambut 1 Syawal di dalam lokap selepas mereka dicekup polis ketika sedang menagih dadah di dalam sebuah rumah di Kampung Slow Machang di sini semalam.

Lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dalam serbuan pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa serbuan dijalankan, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan pihak polis.

“Bagaimanapun, anggota polis berjaya menahan mereka. Hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7,000 dipercayai digunakan oleh mereka.

“Kesemua suspek dibawa ke IPD Pasir Mas dan direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B, Seksyen 12 (2) dan seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI