fbpx

Tiga pasukan misteri pancing Hafizul Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUL HAKIM mengakui ada beberapa pasukan melamarnya ketika ini.

PERAK FC dilihat semakin parah apabila kapten baharunya, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothi mengakui turut dilamar beberapa pasukan lain untuk menghadapi baki kempen Liga Super musim ini.

Pengakuan bekas penjaga gawang kebangsaan itu pasti mencatat satu lagi detik hitam dalam pasukan The Bos Gaurus yang bukan hanya kehilangan pemain bahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rizal Ali Naizali yang meletakkan jawatan awal pagi kelmarin.

“Saya menerima tiga tawaran pasukan lain tetapi belum buat keputusan untuk terima atau tidak. Terus terang sukar untuk buat keputusan kerana kalau boleh saya tidak mahu tinggalkan Perak.

“Apa pun saya akan berbincang dahulu dengan kaum keluarga sebelum membuat keputusan besar ini,” katanya yang tidak mendedahkan pasukan yang menagih khidmatnya.

Bagaimanapun, Hafizul mempunyai masa sehingga 31 Mei ini iaitu tarikh akhir jendela perpindahan kedua untuk memuktamadkan keputusan.

Tidak seperti beberapa pemain yang enggan turun kerana menerima tawaran negeri lain, Hafizul tetap menunjuk masih ada hati terhadap pasukan ne­geri asalnya dengan turun beraksi pada perlawanan menentang Sri Pahang FC malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, ketia­daan beberapa pemain utama yang sudah meninggalkan pa­sukan nyata menjejaskan aksi Perak apabila mereka tewas 2-3 kepada skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Walaupun tanpa pemain utama, bekas penjaga gol kebangsaan itu serta rakan-rakan sepasukan bermain dengan penuh semangat untuk mengutip kemenangan pada perlawanan itu tetapi nyata tidak mencukupi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI