fbpx

Fantasi EPL: Pecutan terakhir raih mata maksimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pilihan pemain pada FPL minggu ini.

SAINGAN Fantasi Premier League (FPL) kini memasuki ming­gu ke-36 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa perubahan berdasarkan jadual perlawanan sebelum ini.
Hari ini, Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum ketika saingan musim ini hanya berbaki tiga pusingan lagi.
Tiada pemain yang mewakili pasukan Manchester United, Arsenal, Leicester City atau Chelsea yang diletakkan dalam skuad utama kali ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang perlawanan minggu ini.

PENYERANG
Dominic Calvert-Lewin menjadi pilihan utama untuk menyarung jersi No. 9 skuad fantasi pilihan Kosmo! kali ini berdasarkan rekod cemerlangnya yang telah meledak 17 gol musim ini.

CALVERT LEWIN

PERTAHANAN
Ruben Dias diberi kepercayaan menjadi tonggak utama posisi ini kerana kebolehannya menghadiahkan mata tambahan jika berjaya meledak gol bertemu Newcastle United nanti.

RUBEN DIAS

KAPTEN
Riyad Mahrez dilihat mampu memikul tanggungjawab ini untuk memberikan mata yang banyak ekoran prestasinya yang memuncak sejak beberapa perlawanan lalu.

MAHREZ

TENGAH
Mohamed Salah diletakkan sebagai sandaran untuk mengemudi jentera tengah kerana dia sememangnya pemain paling konsisten buat The Reds dan kini menjadi sandaran utama untuk membantu pasukan meraih tiga mata nanti.

SALAH

PENJAGA GOL
Alisson menjadi pilihan utama untuk menyarung jersi No. 1 dalam skuad fantasi kali ini kerana dijangka tidak mempunyai masalah untuk meneruskan rekod cemerlang apabila menentang pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Kejuaraan, West Brom.

ALISSON

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI