fbpx

TNB bawa ‘Hikmah Raya Aida’ sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu adegan dalam filem pendek 'Hikmah Raya Aida' yang dikeluarkan oleh TNB sempena Aidilfitri tahun ini.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memeriahkan sambutan Aidilfitri menerusi filem pendek terbaharu berjudul Hikmah Raya Aida.

Naskhah tersebut menekankan kepentingan mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan menampilkan watak seorang wanita bernama Aida yang tidak asing lagi dalam filem raya TNB.

TNB dalam satu kenyataan berkata, naskhah tersebut merupakan sambungan filem pendek bertajuk Dugaan Raya Aida pada 2017 dan diharapkan dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri seisi keluarga dengan kemunculan semula watak tersebut.

“Dalam filem pendek ini, kita dapat melihat bagaimana Aida yang terlalu sibuk sebagai usahawan kuih raya sehingga kurang meluangkan masa bersama keluarga.

“Uniknya, kita dapat lihat di sebalik pandemik yang melanda, ia memberikan hikmah buat Aida dan keluarganya, barangkali serupa juga dengan ramai antara kita dalam menempuh musim yang mencabar ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat TNB, Shukreen Ma berkata, filem pendek yang sarat dengan nasihat itu menterjemahkan matlamat dalam kehidupan seorang insan dan menekankan betapa pentingnya meluangkan masa bersama keluarga sama ada ketika senang mahupun susah.

“Filem pendek ini turut mengajar kita erti kesabaran dalam mengharungi tahun yang serba mencabar ini dengan percaya terdapatnya hikmah di sebalik setiap ujian yang berlaku,” jelasnya.

Tambahnya, filem pendek arahan pengarah berkaliber, Quek Shio Chuan itu memberi kesan yang lebih padu dengan menyelitkan unsur-unsur komedi dalam jalan cerita yang sarat dengan emosi.

Orang ramai boleh menonton filem pendek berkenaan di laman YouTube rasmi TNB selain turut disiarkan di semua stesen televisyen sejak semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI