fbpx

Pengawal derita perut ditebuk dapat bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suraini (dua kiri) menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma orang ramai kepada ibu Norideazaher.

JOHOR BAHRU – Nasib seorang pengawal keselamatan yang menderita perut ditebuk dan hilang penglihatan mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Permata Baiduri Malaysia di sini hari ini.

Bendahari pertubuhan itu, Suraini Omar berkata, selepas kisah penderitaan Norideazaher Mohamed, 46, menjadi tular, pihaknya telah melancarkan kempen derma untuk lelaki tersebut

Katanya, sumbangan derma terkumpul sebanyak RM1,846 hasil sumbangan orang awam sejak seminggu lalu disalurkan ke akaun bank Norideazaher.

“Diharap sumbangan ini, dapat menceriakan Norideazehar untuk membeli keperluan dan persiapan Aidilfitri bersama ibu dan adiknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, akhbar melaporkan seorang pengawal keselamatan kini hidup dalam kegelapan selepas kehilangan penglihatan dipercayai akibat komplikasi pembedahan usus yang dijalani di sebuah hospital di sini dua tahun lalu.

Sementara itu, Norideazaher memberitahu, dia telah memohon bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) untuk meringankan beban, malah pegawai mereka juga sudah datang membuat lawatan terhadapnya namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan permohonan.

“Selain itu, saya tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Baitulmal kerana tidak berupaya berkunjung ke pejabat mereka,” ujarnya yang kini dijaga ibunya yang berusia 83 tahun.

Katanya, akibat penyakit dialaminya itu, isterinya telah bertindak meninggalkannya seorang diri setelah keluar daripada rumah bersama anak-anak mereka.

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu Norideazaher dan golongan memerlukan lain boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank pertubuhan itu iaitu 551128630934. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI