fbpx

Kelantan benarkan 50 jemaah solat Aidilfitri, fardu, Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat sunat Aidilfitri, solat fardu dan solat Jumaat di 17 masjid negeri, bandar serta jajahan dengan seramai 50 jemaah berkuatkuasa esok.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, ketetapan sama turut terpakai kepada 37 masjid mukim kategori A di seluruh negeri.

“Bagi masjid mukim besar dan kecil hanya dibenarkan 20 jemaah manakala surau hanya dibenarkan empat kakitangan sahaja.

“Para jemaah perlu berada dalam saf dengan penjarakan dua meter mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

17 masjid negeri, bandar dan jajahan di Kelantan adalah Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Masjid Al Sultan Ismail Petra (Kubang Kerian), Masjid Al-Ismaili (Pasir Pekan), Masjid Muhammad II, (Telipot) dan Masjid Sultan Mansor (Kampung Sireh).

Turut termasuk Masjid D’Raja Long Yunus (Langgar), Masjid Bandar As-Salam (Pengkalan Chepa), Masjid Ismaili (Tumpat), Masjid Mahmoodi (Bachok), Masjid Ibrahimi (Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra, (Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra (Kuala Krai).

Senarai masjid mukim kategori gred A di Kelantan :

1. Masjid Mukim Lundang, Kubang Kerian
2. Masjid Mukim Paya Rambai, Kubang Kerian
3. Masjid Mukim Al-Muttaqin, Kubang Kerian, Kota Bharu
4. Masjid Mukim Ketereh, Ketereh, Kota Bharu
5. Masjid Mukim Kok Lanas, Ketereh, Kota Bharu
6. Masjid Mukim Kadok, Ketereh, Kota Bharu
7. Masjid Mukim Taman Tanjong Chat, Panji, Kota Bharu
8. Masjid Mukim Paya Bemban, Panji, Kota Bharu
9. Masjid Mukim Uda Murni, Panji, Kota Bharu
10. Masjid Mukim Kedai Mulong, Pendek, Kota Bharu
11. Masjid Mukim Kamel Hasan, Pendek, Kota Bharu
12. Masjid Mukim Kedai Melor, Peringat
13. Masjid Mukim Kota, Kota, Kota Bharu
14. Masjid Mukim Parit Lama, Limbat, Kota Bharu
15. Masjid Mukim Jelawat, Jelawat, Bachok
16. Masjid Mukim Repek, Melawi, Bachok
17. Masjid Mukim Wakaf Bharu, Tumpat
18. Masjid Mukim Ketil, Pengkalan Kubur, Tumpat
19. Masjid Mukim Pahi, Mengkebang, Kuala Krai
20. Masjid Mukim Sungai Peria, Olak Jeram, Kuala Krai
21. Masjid Mukim Keroh, Mengkebang, Kuala Krai
22. Masjid Mukim Kasar, Kubang Gadong, Pasir Mas
23. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas
24. Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh
25. Masjid Mukim Selising, Bukit Jawa, Pasir Puteh
26. Masjid Mukim Batang Merbau, Ulu Kusial, Tanah Merah
27. Masjid Mukim Bukit Bunga, Jedok, Tanah Merah
28. Masjid Mukim Jedok, Jedok, Tanah Merah
29. Masjid Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah
30. Masjid Mukim Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang
31. Masjid Mukim Ulu Sat, Ulu Sat, Machang
32. Masjid Mukim Ayer Lanas, Jeli
33. Masjid Mukim Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
34. Masjid Mukim Razaleigh, Galas, Gua Musang
35. Masjid Mukim Chiku 2, Chiku, Gua Musang
36. Masjid Mukim Keputeraan Paloh, Chiku, Gua Musang
37. Masjid Mukim Keputeraan Lojing, Sigar, Lojing

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI