fbpx

Perubahan taktikal julang Helang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN bakal menjadi 'mesin gol' baharu TFC musim depan. - KDA FC

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak berpuas hati dengan perubahan taktikal yang berjaya membuahkan hasil meskipun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Sabah FC pada aksi Liga Super kelmarin.

Aidil, 43, menegaskan, beliau terpaksa merombak strategi permainan disebabkan keadaan padang yang bertakung air sehingga perlawanan terpaksa ditangguhkan hampir sejam susulan hujan lebat di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu.

“Malam ini (kelmarin) bukan perlawanan yang mudah buat kami. Padang yang basah memaksa saya mengubah sedikit percaturan dan kurangkan bermain corak hantaran.

“Sabah sebuah pasukan yang bermain secara fizikal dan turut mempunyai jurulatih berkaliber (Kurniawan Dwi Yulianto). Para pemain telah memberikan segala usaha untuk meraih mata penuh.

“Saya berpuas hati kerana mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan mengikut taktikal permainan untuk membawa pulang tiga mata,” katanya.
Helang Merah meraih kemenangan menerusi jaringan tunggal daripada Kpah Sherman yang bijak meloloskan diri daripada perangkap ofsaid Sabah pada minit ke-79.

Ia membolehkan Kedah kembali berada di landasan kemenangan selepas terdahulu tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 4 Mei lepas.

Kedah akan menghadapi tiga perlawanan Piala AFC dalam aksi Kumpulan H bertemu jaguh Indonesia, Persipura Jayapura (29 Jun), wakil Vietnam, Sai Gon FC (2 Julai) dan Lion City Sailors dari Singapura pada 5 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI