fbpx

Bas sekolah jadi rumah percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bluebird merupakan bas sekolah dari Kanada yang digunakan pada tahun 1970-an. – Daily Mirror

LONDON – Sebuah bas sekolah yang digunakan pada tahun 1970-an di Britain diubah suai menjadi rumah percutian berkonsep retro untuk disewa oleh pelancong, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Dikenali sebagai bas Bluebird, kediaman itu terletak di sebuah tanah pertanian berhampiran ladang anggur di Devon, barat daya England.

Lokasi tersebut juga tidak jauh dari destinasi pelancongan popular seperti Jurassic Coast dan beberapa buah pantai lain.

Rumah bas itu boleh memuatkan dua tetamu serta dilengkapi peralatan seperti ketuhar gas, kotak sejuk termoelektrik, peralatan barbeku, bilik mandi dan sebuah katil berkembar.

Bahagian dalam bas yang menempatkan ruang istirahat, meja makan dan dapur. – Daily Mirror

Turut disediakan adalah lot parkir untuk sebuah kenderaan.

Percutian tujuh malam di rumah bas Bluebird ditawarkan pada harga bermula daripada £356 (RM2,050) dan ia kini diiklankan di holidaycottages.co.uk untuk disewa pada sepanjang musim panas.

“Sebaik melangkah masuk ke dalam bas sekolah yang digunakan pada tahun 1970-an ini, pertama sekali anda akan melihat lampu dan ruang tamu yang cantik.

“Ruang istirahat yang selesa dan ruang makan yang mesra dan santai turut disediakan.

“Jika terus melangkah ke bahagian dalam, anda akan menemui bilik tidur  lengkap dengan hiasan dan perabot retro,” tulis iklan tersebut.

Bilik tidur yang menempatkan katil berkembar. – Daily Mirror

Rumah bas Bluebird terletak di kawasan terpencil dan menawarkan pemandangan kampung serta privasi. 

Ia berdekatan dengan sempadan Devon, Dorset dan Somerset, sekali gus membolehkan pengunjung untuk meneroka ketiga-tiga daerah  itu dengan mudah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN