fbpx

Lelaki kerat 1,000 mayat ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alberto Sanchez mengakui dia sering mendengar ‘bisikan misteri’ ketika menonton televisyen yang menyuruhnya membunuh ibunya. – Newsflash/The Sun

MADRID, SEPANYOL – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lebih 15 tahun kerana membunuh dan memakan anggota badan ibunya yang dikerat menjadi kepingan kecil, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.

Alberto Sanchez Gomez, 28, didapati bersalah kerana mencekik Maria Soledad Gomez, 68, sehingga mati pada awal 2019 dan mengerat tubuhnya.

Lelaki itu turut mengaku memakan anggota badan ibunya bersama anjing peliharaanya dalam tempoh dua minggu.

Detektif yang menyiasat kes itu menjumpai sebahagian daripada anggota badan Soledad yang masih disimpan di dalam bekas penyimpan makanan di dalam peti sejuk.

Tulang-temulangnya turut ditemui di dalam laci rumah.

Laporan pada ketika itu turut mendakwa badan wanita tersebut dikerat kepada lebih 1,000 bahagian dengan kepala, tangan dan jantung ditemui pada katilnya.

Alberto Sanchez didapati bersalah kerana mencekik ibunya sehingga mati dan mengerat tubuhnya kepada 1,000 bahagian. – Solarpix/The Sun

Ketika dibicarakan, Alberto Sanchez mengakui dia sering mendengar ‘bisikan misteri’ ketika menonton televisyen yang menyuruh membunuh ibunya.

Bagaimanapun, ketika hukuman dibacakan ke atasnya pada Rabu lepas, pihak juri menolak dakwaan Alberto Sanzhez yang mengatakan dia mengalami ‘episod psikotik’ ketika melakukan jenayah tersebut.

Pihak pendakwa raya meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun lima bulan jika lelaki itu disabitkan kesalahan membunuh dan tidak menghormati mayat.

Mereka turut menuntut dia membayar pampasan kepada abangnya sebanyak 90,000 Euro (RM450,170) atas impak trauma kehilangan ibu mereka. 

“Saya amat menyesal. Saya berdepan kegelisahan setiap kali bangun dari tidur. Apabila teringatkan ibu, saya berasa sangat sedih,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN