fbpx

Gergasi Merah resah tiada kelibat Eky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEITZEL mengakui ketiadaan Eky akan menyebabkan tempo permainan anak-anak buahnya sedikit terencat menjelang aksi menentang Sri Pahang di Stadium MBPJ malam ini.

PERSIAPAN pasukan Sela­ngor FC menjelang aksi penting bertemu Terengganu FC (TFC) malam ini sedikit terjejas selepas penyerang utama, Shahrel Fikri Md. Fauzi terpaksa diketepikan untuk jangka panjang.

Ketua jurulatih skuad Gergasi Merah, Karsten Neitzel mengakui tanpa kelibat bekas pemain Perak FC itu agak merencatkan tempo anak-anak buah­nya dalam usa­ha me­ngutip tiga mata penuh dalam aksi di Stadium MBPJ, Petaling Jaya nanti.

Sebagai rekod, Shahrel yang lebih mesra de­ngan gelaran Eky te­lah mengalami kecederaan ke­ti­ka membantu pa­sukan seri 2-2 bertemu Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Ra­bu lepas.

“Kami ber­siap untuk melakukan persiapan menentang pasukan TFC di laman sendiri tetapi saya lihat kecederaan Eky agak serius dan kami terpaksa melupakan khidmatnya,” kata Neitzel.

Pengurusan Selangor telah mengesahkan Eky selamat menjalani pembedahan pada Khamis lepas dan diarahkan menjalani proses fisioterapi selain dijangka berehat dalam masa beberapa bulan akan datang.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Jerman itu mungkin akan terus memberi ruang kepada beberapa pemain muda pasukan feeder Selangor 2 se­perti Hein Htet Aung dan Jordan Ayimbila untuk turun beraksi dalam skuad utama.

“Kami masih mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi seperti Htet Aung dan Ayimbila yang beraksi cemerlang setiap kali diserapkan dalam skuad utama.

“Kombinasi pemain-pemain muda dengan senior mempamerkan kesefahaman yang cukup baik dan saya harap mereka terus fokus membantu pasukan dalam usaha mengu­tip mata berharga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI