fbpx

91 pasukan pematuhan SOP ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (dua kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika tinjauan di Jalan TAR, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menubuhkan sebanyak 91 pasukan khas pemantuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam usaha mengekang peningkatan wabak berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pasukan khas itu akan diketuai seorang pegawai kanan bagi memantau keadaan lokasi-lokasi yang kerap menjadi tumpuan awam.

Jelasnya, pasukan pematuhan itu akan sentiasa mendekati masyarakat bagi mengingatkan mereka agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Pasukan pematuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai dan sekiranya mereka masih mengambil sikap sambil lewa, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun. Selagi kita boleh nasihat, kita akan terus nasihat.

“Selain pasukan pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 61 kumpulan lagi membabitkan agensi penguat kuasa yang lain dengan kekuatan 1,200 pegawai dan anggota,” ujarnya ketika sidang akhbar selepas meninjau SOP di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI