fbpx
Gambar hiasan.

PKP mengejut tidak wajar – PPMPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) menyifatkan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar kerana penutupan industri haruslah dibuat secara menyeluruh.

Presidennya Zarinah Mohideen berkata, majlis perkahwinan yang telah dirancang terpaksa dibatalkan kerana PKP di Selangor dan Kuala Lumpur secara mengejut oleh kerajaan menimbulkan rasa kecewa masyarakat.

“Pelaksanaan PKP di Selangor dan Kuala Lumpur amatlah tidak relevan kerana masih terdapat beberapa sektor yang masih bekerja. Penutupan industri haruslah dilakukan secara menyeluruh dan bukannya bersasar kepada sesetengah industri sahaja.

“Bukan kami tidak setuju dengan tindakan kerajaan kali ini, tetapi kami mengharapkan perlaksanaan PKP yang terkini haruslah sejajar dan relevan supaya ia lebih memberi impak dalam mengatasi penularan Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, keputusan untuk menutup sektor industri adalah tidak setara kerana sektor seperti perkilangan, pembinaan dan beberapa sektor yang lain adalah penyumbang terbesar penularan Covid-19.

Katanya, bukan itu sahaja, sektor perkhidmatan majlis perkahwinan turut menerima tempias dan diarahkan tutup oleh kerajaan seolah-olah mereka yang membawa virus kebolehjangkitan tersebut dari sektor-sektor yang dibuka.

“Kami berharap supaya pihak kerajaan dapat membuat keputusan secara menyeluruh dan fikirkan tentang impak yang ditanggung oleh industri yang diarahkan tutup.

“Kami turut berharap tindakan yang dibuat oleh kerajaan lebih relevan dan setara pada masa akan datang supaya kita semua dapat menghentikan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan dan efektif,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR