fbpx

Kolej Mississippi catat rekod dunia jambalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKINSTON, MISSISSIPPI – Sebuah kolej di Amerika Syarikat memecahkan rekod dunia Guinness World Records apabila memasak juadah Afrika Barat, jambalaya paling besar untuk tujuan kebajikan, lapor agensi berita United Press Internatioan (UPI) kelmarin.

Kolej Komuniti Pantai Teluk Mississippi memasak juadah nasi bersama daging dan sayuran itu untuk mengutip dana  pantri makanan.

Menurut kolej itu, sukarelawan-sukarelawan  menggunakan periuk gergasi yang dipanggil  ‘potzilla’ untuk memasak jambalaya paling besar  tersebut. Acara itu  berlangsung pada 1 Mei lalu di Ocean Springs.

Pihak kolej berkata,  mereka berjaya memecahkan rekod dunia namun tidak mendedahkan jumlah hidangan jambalaya yang dimasak.

Rekod jambalaya paling besar adalah 1,529 kilogram yang dicatat oleh Persatuan Festival Jambalaya di Gonzales, Los Angeles pada 2009.

Jambalaya terbaharu tersebut dijual pada harga AS$10 (RM41) sepinggan manakala hasil jualan  AS$3,200 (RM13,160) didermakan kepada pantri makanan kampus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN