fbpx

Atta Halilintar teruja Aurel Hermansyah hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTA HALILINTAR berkongsi berita kehamilan Aurel Hermansyah dalam Instagram.

JAKARTA – Selebriti media sosial terkenal Indonesia, Atta Halilintar berkongsi khabar gembira selepas isterinya, Aurel Hermansyah disahkan hamil selepas sebulan mereka mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya itu, Atta melahirkan rasa syukur apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Alhamdulillah terima kasih yaAllah. Ketika diperiksa sewaktu subur guna alat ujian kehamilan ternyata keputusannya positif!” tulis Aurel.

Dalam pada itu, Atta yang juga merupakan seorang YouTuber tidak sabar untuk berkongsi berita gembira tersebut dengan keluarganya yang kini menetap di Malaysia.

Ujar menantu kepada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti itu, sejak berkahwin sekitar bulan lalu, dia belum membawa Aurel untuk bertemu dengan kedua-dua orang tuanya yang tinggal di Malaysia.

“Keluarga saya di Malaysia sudah tidak sabar bertemu dengan Aurel. Tetapi sayang hajat untuk membawanya bertemu keluarga mungkin terpaksa ditunda lagi kerana pemerintah Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Atta ketika ditemui media Indonesia berkata, dia tidak dapat menahan rindu dengan keluarganya dan berasa sedih kerana terpaksa menyambut lebaran tanpa ibu dan bapanya.

“Setiap kali saya membuat panggilan video bersama keluarga di Malaysia, mereka sering menggesa saya supaya menmbawa Aurel datang ke sana (Malaysia).

“Mereka sangat teringin berjumpa dengan menantu mereka, lebih-lebih lagi selepas Aurel kini disahkan sedang hamil,” kata Atta.

Ketika bernikah bersama Aurel pada 3 April lalu, hari bahagianya terpaksa dijalankan tanpa kehadiran keluarga dan sembilan orang adik-beradiknya yang lain kerana kesemua berada di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI