fbpx

163 tercedera dalam pertempuran di Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden itu tercetus selepas pihak polis melepaskan tembakan peluru getah dan bom tangan pegun ke arah sekumpulan penduduk yang melakukan protes yang bermula selepas solat tarawih.

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya 163 penduduk Palestin dan enam pegawai polis Israel dilaporkan tercedera dalam satu pertempuran di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar, kata pasukan perubatan dan pihak polis.

Insiden itu tercetus selepas pihak polis melepaskan tembakan peluru getah dan bom tangan pegun ke arah sekumpulan penduduk yang melakukan protes yang bermula selepas solat tarawih.

Ketegangan di Baitulmuqaddis semakin memuncak beberapa minggu kebelakangan ini  selepas tentera Israel mengenakan sekatan akses ke beberapa bahagian di kota lama itu ketika bulan Ramadan.

Pihak berkuasa Israel turut mengarahkan beberapa keluarga Palestin untuk meninggalkan kediaman mereka bagi memberi laluan kepada rakyatnya.

Susulan insiden tersebut, pasukan perubatan terpaksa membuka sebuah hospital lapangan bagi merawat mangsa-mangsa terlibat disebabkan bilik kecemasan telah penuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN