fbpx

Tidak pulang beraya demi tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Bashawir (dua dari kanan) melambaikan tangan kepada penuntut UUM yang pulang ke kampung hari ini.

SINTOK – Seorang penuntut yang juga Presiden Inapan Siswa (Inasis) YMU Universiti Utara Malaysia (UUM) sanggup memilih tidak pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga.

Menurut Abdul Haziq Abd. Kongid, 22, dia membuat keputusan itu kerana mahu menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan rakan lain di kampus menjelang Syawal nanti.

Katanya, seramai 197 pelajar di Inasis memilih tidak pulang ke kampung masing-masing atas pelbagai sebab.

“Saya dan rakan-rakan turut menyediakan 60 balang biskut raya untuk diedarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri agar pelajar yang tinggal di kampus dapat merasai suasana hari raya,” katanya.

Dia yang merupakan penuntut semester empat Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi berkata demikian ketika ditemui selepas pelepasan pulang penuntut UUM ke kampung masing-masing sempena Aidilfitri di universiti itu hari ini.

Turut hadir meraikan kepulangan pelajar ialah Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Abdul Haziq berkata, dia telah memaklumkan kepada ibu bapanya dia tidak pulang beraya di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor.

“Mereka faham dengan keadaan serta tanggungjawab yang saya pikul, malah keluarga turut mengirimkan beberapa jenis biskut raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI