fbpx

SOP solat Jumaat, tarawih enam daerah PKP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khususnya bilangan jemaah bagi solat Jumaat, lima waktu dan tarawih di enam buah daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Enam daerah itu melibatkan Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang Sepang dan Kuala Langat.

SOP tersebut dikongsi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni di laman sosial rasminya.

Menurut jawatankuasa itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAS) dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah (MTAJ) dibenarkan jemaah seramai 500 termasuk pentadbir untuk solat Jumaat dan solat lima waktu sebanyak 200 jemaah.

Katanya, bagi solat tarawih di MSSAS dihadkan 600 orang dan MTAJ pula 550 jemaah.

“Masjid institusi pula membenarkan bagi 200 orang termasuk pentadbir untuk ketiga-tiga bahagian solat itu manakala masjid pengurusan dan masjid kariah pula dengan kapasiti seramai 100 jemaah termasuk pentadbir.

“Surau solat Jemaah pula membenarkan 50 individu untuk solat Jumaat dan masing-masing 50 jemaah untuk solat lima waktu dan tarawih. Ketetapan itu juga tertakluk kepada surau kariah,” katanya.

Jawatankuasa itu turut menjelaskan ketetapan khusus mengenai pelaksanaan Solat Aidilfitri akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam tempoh terdekat. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI