fbpx

RM55.9 bilion pengeluaran i-Sinar diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 55.9 bilion pengeluaran bagi Program i-Sinar telah diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 16 April lalu membabitkan permohonan daripada 6.29 juta pencarum.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah pengeluaran yang diluluskan itu, sebanyak RM40.4 bilion telahpun dikreditkan ke akaun ahli.

Beliau berkata, bagi Skim Pengeluaran i-Lestari pula, sebanyak RM19.6 bilion pengeluaran kumulatif direkodkan setakat 16 April lalu.

“Ia membabitkan seramai 5.26 juta penerima,” katanya menerusi Laporan LAKSANA yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, beliau mengingatkan kepada usahawan supaya segera memohon pelbagai dana disediakan kerajaan khususnya bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan masih ada banyak lagi dana yang boleh dimanfaatkan oleh golongan usahawan di negara ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, inisiatif Digital Niaga yang dilancarkan sebelum ini mencapai sasaran apabila menerima permohonan daripada 1,000 pemohon.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI