fbpx

The Red Devils mahu penceroboh dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penyokong fanatik United yang menyertai demonstrasi menceroboh masuk ke kawasan padang Old Trafford sehingga menyebabkan aksi menentang Liverpool terpaksa ditunda. – AFP

MANCHESTER – Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United akan memberi kerjasama penuh menghukum penyokong-penyokong fanatik pasukan itu yang membuat kekecohan sehingga aksi menentang Liverpool pada Ahad lalu terpaksa ditunda.

Ratusan penyokong The Red Devils menceroboh masuk ke Stadium Old Trafford sebelum perlawanan berkenaan sebagai tanda protes dan desakan kepada pemilik pasukan itu, keluarga Glazer agar menjual kelab tersebut secepat mungkin.

United dalam satu kenyataan semalam, menghentam tindakan segelintir penyokong yang telah memberi persepsi negatif terhadap pasukan itu sehingga menjejaskan imej kelab.

“Kami yakin majoriti peminat sejati United tidak bersetuju dengan langkah sekumpulan individu yang mendakwa mereka sebagai penyokong sehingga sanggup mencederakan kakitangan pasukan, polis dan orang awam.

“Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agar semua individu terbabit dijatuhkan hukuman setimpal. Kami juga membuat keputusan agar mereka dilucutkan daripada pemegang pas bermusim,” menurut kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, seramai enam pegawai polis mengalami kecederaan selepas dipukul oleh sekumpulan penyokong fanatik United yang melakukan demonstrasi di luar Old Trafford pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan sama, United turut mengesahkan mereka akan berbincang dengan EPL bagi memastikan jadual menentang Liverpool dapat dilakukan tanpa sebarang kompromi dan gangguan daripada pihak-pihak luar.

“Kami akan mengumumkan semula jadual aksi bertemu Liverpool selepas mendapat persetujuan daripada EPL,” jelas United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI