fbpx

Lari tinggalkan kereta selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nissan GT-R R35 yang ditinggalkan pemandu tersebut, semalam.

PETALING JAYA – Seorang pemandu Nissan GT-R R35 lari meninggalkan kenderaan sebaik keretanya itu merempuh sebuah kereta lain, malam semalam.

Menurut pengguna laman sosial Facebook, Jebon Hisham Shahrul, sejurus kejadian tersebut berlaku, pemandu kereta itu menaiki kereta rakannya dan meninggalkan lokasi kemalangan berkenaan.

“Semasa kemalangan insurans tiada. Pagi tadi baru beli insurans. Nombor asal (kereta) UUU393, sekarang dah tukar QLD16.

“Hafal nombor ini. Jangan sampai terbeli,” katanya semalam.

Pada masa masa, dia berharap perkongsiannya itu mendapat perhatian masyarakat umum terutamanya pemilik R35 di seluruh negara.

“Pastikan tiada pembeli yang terbeli sampah ini nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI