fbpx

JDT terus kuasai puncak Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Renan Alves cuba merampas bola daripada Bergson Da Silva dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jaringan penalti minit akhir oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson Da Silva membantu Johor Darul Ta’zim untuk terus kekal di kedudukan teratas Liga Super.

JDT dalam perlawanan itu berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut bagaimnapun hadir dalam keadaan cukup mencabar dengan KDA FC menampilkan aksi cemerlang bagi mengekang barisan bintang dari selatan itu untuk memuktamadkan kemenangan pada awal permainan.

Malah, pada minit keempat, KDA FC terlebih dahulu mendatangkan ancaman kepada JDT menerusi gerakan menarik hasil ilham Tchetche Kipre dan Kpah Sherman. Namun sentuhan terakhir yang dibuat Rabih Ataya sekadar singgah ke tiang gol pelawat.

JDT bagaimanapun kembali memberi isyarat untuk melawan apabila sepakan percuma dari luar kotak
penalti yang diambil Safawi Rasid pada minit ke-21, menuntut penjaga gol KDA FC, Mohd. Shahril Saari
merebahkan badan bagi menyelamatkan keadaan.

Perlawanan selepas itu berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling mencari jalan untuk masuk ke kawasan lawan namun tiada percubaan tepat dihasilkan.

Kpah Sherman bagaimanapun mengambil peluang untuk setidak-tidaknya mendatangkan ‘gempar’ kepada kem JDT apabila tandukannya pada minit ke-40, singgah ke palang pasukan pelawat.

Sebaik tamat separuh masa pertama, keadaan menjadi panas seketika apabila berlaku perang mulut antara jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak dengan Gonzalo Cabrera sebelum turut disertai pegawai kedua-dua pasukan.

Keadaan yang berlanjutan selama beberapa minit itu kemudiannya reda apabila kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan masing-masing sebelum Cabrera serta Aidil saling bermaafan ketika kedua-duanya kembali ke padang bagi menyambung babak kedua perlawanan.

Lima minit selepas separuh masa kedua bersambung, JDT terlebih dahulu menghadirkan cemas kepada tuan rumah apabila Bergson Da Silva melakukan tandukan kencang ke arah pintu gol KDA FC hasil sepakan sudut Leandro Velazquez.

Mohd. Shahril bagaimanapun sekali lagi menjadi penghalang apabila berada di kedudukan tepat untuk
menepis keluar bola tersebut.

JDT kehilangan khidmat Cabrera pada minit ke-59 apabila pemain itu bertembung dengan ‘kereta kebal’
KDA FC, Renan Alves.

Namun keadaan itu tampak tidak langsung menyebabkan JDT tempang dengan beberapa percubaan terus dilakukan mereka bagi mengancam kubu tuan rumah.

Keadaan itu mendesak pertahanan tuan rumah melakukan kesilapan apabila Renan Alves menjatuhkan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sekali gus membolehkan Bergson membuat jaringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI