fbpx

Indonesia tidak berminat beli kapal peronda terpakai AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal USCG Adak dianggap bersejarah oleh AS kerana pernah digunakan oleh tenteranya ketika kejadian serangan 11 September. – Persatuan Bersejarah USCGC Adak /New York Post

JAKARTA – Pegawai Indonesia menegaskan pendirian bahawa Jakarta tidak berminat untuk membeli kapal lama milik Pengawal Pantai Amerika Syarikat Adak yang pernah digunakan oleh ketika kejadian serangan 11 September 2001, lapor akhbar New York Post, semalam.

“Saya tidak berminat untuk membeli kapal terpakai.

“Lebih baik saya membina kapal sendiri di Indonesia,” ujar Timbalan Laksamana Aan Kurnia yang merupakan ketua Badan Keamanan Laut (Bakamla) kepada CNN Indonesia.

Bakamla adalah agensi maritim Indonesia.

Kapal tersebut, USCG Adak melakar sejarah dalam bidang penyelamat maritim apabila digunakan untuk memindahkan lebih setengah juta orang dari Lower Manhattan, AS pada 11 September 2001.

Kapal tersebut akan ditamatkan khidmatnya pada musim panas tahun ini dan akan dijual kepada Indonesia sebagai aset ketenteraan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN