fbpx

27 butir bom lama berjaya dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bom lama yang ditemui di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, di sini semalam.

KOTA TINGGI – Sebanyak 27 butir bom lama berjaya dimusnahkan di Tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, di sini semalam.

Operasi memusnahkan bom jenis Artileri Meriam 40mm dan Mortar 60mm itu dilakukan pada pukul 12 tengah hari.

Polis Johor dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dilakukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) melibatkan bom jenis Artileri Meriam 40mm sebanyak 26 butir dan Mortar 60mm sebanyak satu unit.

“Penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil daripada tindakan ‘flushing’ dengan menggunakan alat pengesan logam.

“Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik ‘high order’ melalui kaedah elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Jelasnya pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,”katanya lagi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI