fbpx

SOP ambil anak di asrama daerah PKP akan diumumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengambil anak di asrama melibatkan enam daerah Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mengambil kira segala perancangan yang telak dilakukan.

“Enam Daerah di Selangor akan dikenakan PKP bermula 6 Mei nanti manakala kebenaran mengambil anak pula 7 Mei nanti, justeru itu, kerajaan mengambil maklum dan membenarkan pengambilan anak tetapi mengikut SOP yang ditetapkan nanti.

“Kita tunggu sahaja pengumuman daripada KPM nanti,” katanya dalam satu sidang khas di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan melarang kebenaran rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar (Green Travel Bubble) ke kawasan PKP Pemulihan ke PKPP bagi tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan berkuat kuasa serta-merta.

Jelasnya lagi, rentas negeri kekal tidak dibenarkan kecuali atas urusan-urusan tertentu, dan juga tiada pengecualian bagi mana-mana pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI