fbpx

Pilih pengapit rawak kerana tiada kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hayley (kiri) dan pengantin perempuan (kanan) ini berkenalan menerusi Bumble BFF dan kekal bersahabat sehingga kini. -TikTok @daniellehaley9

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan drastik menjadi pengapit kepada individu yang baru dikenalinya melalui aplikasi online, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Danielle Haley yang baru berpindah ke kawasan kejiranan itu mengambil keputusan memuat turun aplikasi Bumble BFF untuk mencari kawan baharu.

Dia kemudiannya berkenalan dengan seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dan sedang mencari pengapit.

Selepas berbual beberapa ketika, Haley bersetuju menjadi pengapit wanita tersebut walaupun baru mengenalinya.

Video tersebut telah ditonton lebih 2 juta kali dengan orang ramai meninggalkan komen, berminat untuk tahu persahabatan dua wanita terbabit yang dianggap sangat mengujakan.

Menurut pengantin perempuan yang tidak didedahkan nama, kesemua pengapitnya dipilih secara rawak kerana tidak mempunyai ramai kawan.

Kesemua pengapitnya merupakan orang yang dikenalinya menerusi Bumble BFF atau tinggal di kawasan kejiranannya.

Dua wanita ini kekal bersahabat dan sering berhubungan menerusi kiriman mesej serta panggilan telefon selepas majlis perkahwinan selesai minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN