fbpx

Mayat bayi mereput dalam kotak plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi perempuan yang dimasukkan ke dalam kotak plastik bersama patung beruang dan selimut.

BATU PAHAT- Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dengan keadaannya hampir reput dalam kotak plastik di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui pada pukul 6.40 petang oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihaknya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah ditinggalkan lebih 24 jam berdasarkan keadaannya yang mula mereput.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang dipercayai telah meletakkan kotak tersebut pada 27 April lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkap layar CCTV menunjukkan seorang lelaki dipercayai membuang bayi di dalam kotak plastik tersebut.

Menurut Ismail, bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Nora Ismail bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,”katanya.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan melaporkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-436 3300. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI