fbpx
Shahrul Azlan

Great Eastern Takaful diiktiraf penyelesaian takaful terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Great Eastern Takaful sekali lagi diiktiraf sebagai pemenang anugerah jenama penyelesaian takaful terbaik oleh The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Awards 2021 yang diadakan baru-baru ini.

Jenama itu dipilih kerana telah menampilkan ketangkasan dan ketahanan dalam menghadapi keadaan tidak dijangka yang dibawa pandemik Covid-19.

Penerima anugerah tahun ini dinilai dalam inovasi pengembangan produk, sejauh mana ia relevan dalam industri yang patuh syariah, penglibatan dengan pelanggan serta kemampuan untuk mempengaruhi masyarakat melalui produk dan penawaran perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Bhd., Shahrul Azlan Shahriman berkata pengiktirafan yang diterima tahun ini lebih bermakna berbanding sebelumnya, dengan 2020 merupakan tahun mencabar bagi kebanyakan syarikat.

Tambahnya, pihaknya komited untuk menegakkan konsep takaful, yang melibatkan sekumpulan individu yang bersama-sama hadir untuk membantu orang lain yang memerlukan.

“Kami ada untuk semua orang yang memerlukan perlindungan, produk kami tidak semestinya untuk segmen pasaran yang khusus.

“Pengalaman dari 15 bulan yang lalu telah membuktikan bahawa malapetaka, kesusahan dan masa sukar boleh menimpa sesiapa sahaja, pada bila-bila masa.

“Dalam kes COVID-19, ia telah mempengaruhi seluruh dunia, justeru kita perlu mendapatkan lebih ramai orang untuk dilindungi pada kadar lebih pantas,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Dengan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Malaysia pada Februari lalu, Great Eastern Takaful telah melancarkan Dana Vaksin Covid-19 bernilai RM1 juta untuk pelanggannya yang menderita dari kesan buruk setelah menerima vaksin.

Produk terbaharu syarikat ialah i-Great Generasi, pelan yang menyediakan pembayaran dan perlindungan fleksibel, kurang dari RM2 sehari untuk perlindungan bermula dari RM250,000.