fbpx

Bina patung sotong gergasi guna dana kecemasan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sotong terbang menjadi makanan kegemaran penduduk Noto. - BBC

TOKYO – Sebuah bandar tepi pantai di Jepun mengundang perhatian orang ramai selepas menggunakan dana bantuan Covid-19 kerajaan untuk membina sebuah patung sotong gergasi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Patung haiwan marin sepanjang 13 meter itu dibina di bandar pelabuhan Noto di mana sotong terbang menjadi makanan kegemaran penduduk tempatan.

Pentadbiran bandar itu dilaporkan menggunakan peruntukan kecemasan Covid-19 berjumlah 25 juta yen (RM941,976) bagi tujuan tersebut.

Pegawai-pegawai bandar Noto memberitahu media tempatan bahawa patung itu merupakan sebahagian daripada tarikan jangka panjang untuk memikat pelancong kembali selepas pandemik koronavirus berakhir.

Jepun bertarung dengan lonjakan baharu kes Covid-19 manakala Tokyo kini di bawah perintah darurat iaitu yang ketiga sejak pandemik bermula.

Noto yang terletak di wilayah Ishikawa, pantai barat Jepun, mempunyai bilangan kes Covid-19 amat sedikit tetapi ekonominya teruk terjejas akibat pengurangan mendadak bilangan pelancong. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN