fbpx

15 maut landasan kereta api runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah kereta api akibat jejambat landasan runtuh di Bandar Mexico. – AFP

BANDAR MEXICO, MEXICO – Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan puluhan lagi tercedera apabila jejambat landasan kereta api metro runtuh ketika sebuah kereta api sedang melalui kawasan tersebut, kata pihak berkuasa.

Daripada rakaman kamera keselamatan yang disiarkan oleh media tempatan, landasan kereta api itu secara tiba-tiba terjatuh ke atas jalan raya di Stesen Olivos sehingga menghempap sekurang-kurangnya sebuah kereta yang sedang lalu di bawahnya.

“Setakat ini, seramai 15 orang maut,” ujar Datuk Bandar, Bandar Mexico, Claudia Sheinbaum.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam di Twitter memaklumkan, 70 yang lain tercedera dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.30 malam (waktu tempatan) itu.

Susulan kejadian tersebut, perkhidmatan kecemasan sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN