fbpx

Son Naeun cari keluarga baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON-NAEUN

PENYANYI Son Naeun meluahkan kesedihan selepas mengesahkan tidak lagi bernaung bawah agensi Play M Entertainment ekoran kontraknya bersama syarikat tersebut tamat pada 29 April lalu.

Meskipun menjadi satu-satunya anggota kumpulan Apink yang tidak memperbaharui kontrak bersama agensi, difahamkan Naeun sedang meneliti keputusan untuk menandatangani kontrak baharu bersama YG Entertainment.

“Saya sangat berterima kasih kepada anggota yang lain, Pandas (kumpulan peminat), Play M dan semua petugas syarikat selama saya bersama mereka sejak kira-kira 10 tahun lalu.

“Meskipun buat masa ini masing-masing memberi fokus kepada aktiviti solo, namun Apink tidak akan dibubarkan. Teruskan menyokong supaya Apink dapat bersatu kembali dan memberikan yang terbaik buat semua,” katanya.

Penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengakui gementar untuk menjalani kehidupan di agensi baharu selepas ini.

“Meninggalkan keluarga lama yang telah hidup bersama selama 10 tahun dan bernaung bawah syarikat baharu sememangnya membuatkan saya tidak biasa.

“Sejujurnya bimbang tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik agar dapat menjadi jauh lebih baik berbanding sebelum ini,” ujar Son Naeun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI