fbpx

Ramai teruja dapat notifikasi janji temu vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkataan ‘MySj iaitu singkatan daripada aplikasi MySejahtera menjadi antara perkataan sohor kini di laman sosial Twitter hari ini susulan kesemua 260,000 vaksin AstraZeneca habis ditempah dalam tempoh tiga jam semalam.

Pemantauan Kosmo! mendapati kebanyakan pengguna media sosial tersebut berkongsi rasa teruja menerima notifikasi tarikh janji temu untuk suntikan vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan bermula hari ini.

“Sudah mendapat janji temu vaksin di MySj! Ini agak pantas! Terima kasih,” kata pemilik akaun bernama @chrisalparas.

“Semalam main tekan-tekan tak ingat tarikh apa, sekali dapat notifikasi MySj,” kongsi @atenzzzz

“Mendapat perincian janji temu vaksin yang dikemaskini dalam MySj. Sangat teruja dan akan berkongsi dengan semua mengenai proses awal hingga akhir selepas suntikan,” kongsi @Kaven_Raj.

“Tadi baru daftar MySejahtera selang seminit dapat tarikh pengesahan. Bagus MySj sudah tak teruk seperti dulu,” kata @Brastal.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui laman Twitter rasminya, mengingatkan orang ramai untuk memeriksa tarikh janji temu mendapatkan vaksin AstraZeneca yang akan dikeluarkan secara bertahap sepanjang hari ini.

“Sebarang masalah sila hubungi @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI