fbpx

Penduduk Orang Asli terima bantuan wakil rakyat, Muip dan dermawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT – Kesusahan masyarakat Orang Asli di Kampung Matau yang memerlukan bantuan terus medapat perhatian pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang tampil menghulurkan bantuan makanan.

Melalui sumbangan terbaharu itu kesemua 84 keluarga masyarakat Orang Asli di kampung itu dan kampung berhampiran menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang diagihkan oleh sukarelawan UMNO Jerantut.

Nazri berkata, nasib golongan kurang berkemampuan termasuklah masyarakat Orang Asli di situ sentiasa mendapat perhatian daripada pihaknya dan kerajaan negeri serta agensi berkaitan di negeri ini.

“Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) juga telah menghantar pek makanan fasa kedua pada 28 April lalu dan mereka (Muip) akan datang semula pada 30 April ini disusuli bantuan yang sama daripada Pas Cawangan Felda Kota Gelanggi Dua dan Felda Kota Gelanggi Tiga.

“Saya juga berterima kasih kepada para dermawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyumbangkan bantuan yang sama dan bolehlah penduduk di sini selesa berbuka puasa dan persiapan menyambut Aidilfitri,”katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan kesusahan hidup kira-kira 30 keluarga Orang Asli beragama Islam di Kampung Matau yang memerlukan bantuan termasuklah bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan persiapan hari raya.

Sementara itu, seorang penduduk Sidin Kota,50, berkata, mereka mengalami kekurangan barangan keperluan dapur kerana ketiadaan pendapatan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Kami tidak berani masuk ke hutan untuk mencari hasil kayu yang boleh dijual, kerana takut dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), lagipun kuman (Covid-19) ada di mana-mana dan kami takut.

“Walaupun susah macam mana pun penduduk di sini tidak ada yang kelaparan tetapi cuma kami kekurangan barang dapur sahaja, ada juga benda (bahan makanan) yang boleh kami makan ketika berbuka puasa,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN