fbpx

Polis jumpa pedang ketika berkas suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui sebilah pedang yang disimpan di tempat duduk sebelah pemandu dalam kereta yang dinaiki dua suspek itu, semalam.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kenderaan yang dinaiki dua lelaki cuba meloloskan diri daripada polis gagal apabila salah seorang daripadanya berjaya diberkas di Jalan PJS 10/7C, Sungai Way di sini, semalam.

Suspek yang menaiki Proton Wira sebelum itu ditemui anggota Balai Polis Petaling Jaya dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan cegah jenayah sekitar pukul 8.50 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota berkenaan segera mengarahkan pemandu Proton Wira itu berhenti, namun tidak diendahkan sebaliknya terus memecut laju kenderaan ke Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam.

“Aksi kejar mengejar itu bagaimanapun berakhir apabila kereta dinaiki suspek berjaya dipintas dengan bantuan dua kereta peronda polis dari Balai Sungai Way.

“Ketika polis cuba memberkas, suspek bertindak meloloskan diri hingga berlaku pergelutan sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut ke dalam kenderaan terbabit turun menemui pedang yang disyaki digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.

“Semakan polis mendapati kereta itu dipercayai telah dicuri selepas ia dilaporkan hilang di Puchong, Selangor baru-baru ini.

“Suspek yang berusia 27 tahun itu juga didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” ujarnya.

Katanya, suspek yang direman selama empat hari itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) serta Seksyen 186 KK. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI