fbpx

Mayat remaja terjatuh laut ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat A. Prakash di bawa naik ke jeti oleh anggota bomba selepas ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjatuh ketika memasang jaring di Pangkalan Jeti Kampung Kuala Lukut Kecil, Port Dickson. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Mayat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sebelum ini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memasang jaring semalam di Pangkalan Jeti Kampung Kuala Lukut Kecil dekat sini ditemukan kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba 2, Jelani Ahad berkata, selepas mayat mangsa, U. Prakash, ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari kawasan mangsa dilaporkan jatuh.

“Pihak bomba menjumpai mangsa apabila ternampak satu objek terapung timbul di atas permukaan air dan kami dimaklumkan kawasan tersebut dalam jarak 50 meter dari kawasan mangsa jatuh.

“Mangsa dikatakan jatuh dalam jarak 450 meter dari jeti. Pihak bomba telah menjalankan operasi sejak petang semalam lebih kurang 21 jam daripada mangsa dilaporkan hilang dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 1.15 petang tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Prakash, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat lemas selepas terjatuh semasa memasang jaring bersama bapa saudaranya, M.Nariasamy, 62, kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Sementara itu, menurut Jelani, ketika dijumpai, tiada sebarang kecederaan dan mayat mangsa berada dalam keadaan sempurna.

“Kami telah menggerakkan aset operasi dan menyelamat iaitu empat buat bot dan empat buah kayak dari Balai Bomba Port Dickson dan Telok Kemang termasuk melibatkan 34 orang anggota.

“Pada masa yang sama kami juga menggerakkan seramai 13 orang daripada unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Jempol untuk melakukan selaman,” katanya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI