fbpx

Empat tokan dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas polis menerusi serbuan di sebuah rumah di Kota Damansara, di sini semalam.

PETALING JAYA – Empat lelaki yang aktif mengedar dadah sejak tiga tahun lalu akhirnya diberkas di sebuah rumah di Kota Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, menerusi serbuan kira-kira pukul 7.14 malam itu, beberapa jenis dadah seperti syabu dan heroin turut ditemui dalam rumah berkenaan.

“Syabu seberat 31 gram dan heroin 57.85 gram yang dianggarkan bernilai RM5,124 itu turut dirampas.

“Semakan mendapati suspek yang berusia 31 hingga 43 tahun itu dipercayai aktif mengedar dadah di dalam daerah ini sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati kesemua individu yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis methephetamine manakala individu lain didapati negatif.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 ,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI