fbpx

AstraZeneca, PWTC sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Vaksin AstraZeneca dan PWTC sohor kini di Twitter selepas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) membuka slot tempahan untuk mendapatkan vaksin itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Vaksin itu umpama pisang goreng panas apabila orang ramai berebut-rebut mendapatkan slot di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang dulu dikenali PWTC, Pusat Persidangan Ideal Shah Alam, Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum slot janji temu vaksin itu habis licin, hanya yang masih tinggal di PWTC yang menyebabkan ia menjadi sohor di laman Twitter.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter mendapati, sehingga pukul 3.30 petang tadi perkataan ‘AstraZeneca’ telah diciap lebih 13,700 kali dan ‘PWTC’ lebih 4,815 kali.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa ‘perebutan’ untuk mendapatkan slot tempahan vaksin itu umpama seperti mendapatkan tiket konsert.

“Selepas bertungkus-lumus menggunakan telefon bimbit dan komputer riba, akhirnya saya berjaya.

“Shah Alam asyik gagal je, jadi saya cuba secara ‘random’ di PWTC. Macam nak beli tiket konsert,” ciap netizen yang dikenali sebagai Butter Moon.

Selain itu, ada juga netizen yang menganggap dirinya sangat bertuah seperti memenangi ‘loteri’ selepas berjaya menempah slot untuk mendapatkan vaksin tersebut seperti caipan oleh Visithra Manikam.

“Rasa seperti menang loteri, ia sangat ekslusif. Tetapi jika umum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagaimana saya mahu ke sana,” soalnya.

Selain PWTC, tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca turut dibuka di Ideal Covention Center Shah Alam (IDCC), Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ciapan Khairy Jamaluddin yang mengesahkan slot tempahan vaksin AstraZeneca telah habis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela sudah dibuka secara rasmi kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mulai pukul 12 tengah hari tadi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai dibenarkan memilih satu satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja.

Tempahan vaksin tersebut dilaksanakan berdasarkan kaedah first-come, first-served melalui pendaftaran di laman web JKJAV, www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI