fbpx

Penonton puas hati babak dua wanita bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABAK bergaduh antara pelakon Intan Najuwa dan Rita Nadira mencetuskan rasa puas hati dalam kalangan penonton drama Tak Sempurna Mencintaimu.

SIAPA sangka babak pergaduhan antara watak Sirat dan Melissa sangat digemari penonton drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rata-ratanya teruja dengan aksi pergelutan yang dijayakan pelakon Intan Najuwa dan Rita Nadira dalam babak berkenaan.

Menurut mereka, babak sebegitu telah lama dinantikan sekali gus berpuas hati kerana watak antagonis lakonan Rita mendapat balasan setimpal akibat berkelakuan jelik.

Malah, mereka juga memuji lakonan hebat Intan dan Rita dalam babak pergaduhan tersebut. Macam bergaduh betul-betul!

Sehingga hari ini, drama tersebut masih menjadi bualan netizen kerana ada yang kurang berpuas hati dengan pengakhiran ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI