fbpx

Kasut Messi dilelong RM708,521

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA nama besar yang mempunyai klausa perpindahan tinggi dalam kontrak ialah Messi bernilai €700 juta (RM3.36 bilion) sebelum ia tamat dan menyertai PSGrmain secara percuma.

LONDON – Firma lelongan Christie’s berkata sepasang kasut milik pemain bola sepak Barcelona, Lionel Messi dilelong untuk tujuan kebajikan pada harga AS$173,000 (RM708,521), lapor agensi berita CNN kelmarin.

“Kasut but itu dilelong bagi mendapatkan dana untuk program kesenian dan kesihatan Universiti Vall d’Hebron,” kata firma lelongan itu.

Harga jualan itu merupakan rekod lelongan dunia untuk sepasang kasut bola sepak yang sudah dipakai dan sebelum ini dimaperkan di Museu Nacional d’Art de Cataluya.

Kasut itu juga bukan kasut biasa kerana ia dipakai Messi ketika menjaringkan gol ke-644 buat Barcelona pada 22 Disember tahun lalu yang menumpaskan rekod lama milik Pele bagi satu kelab.

Messi memenangi 10 gelaran La Liga dan 4 Champion Leagues bersama kelab Catalan.

Gol pertama jaringan beliau ialah pada 2005. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN