fbpx

Spekulasi kemunculan semula Big Bang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIG BANG

PERTUKARAN gambar profil Facebook kumpulan K-pop popular, Big Bang baru-baru ini menyebabkan peminat membuat spekulasi berkenaan kemunculan semula kumpulan tersebut dalam masa terdekat.

Memetik laporan Allkpop, ini merupakan kali pertama gambar profil Facebook kumpulan itu bertukar selepas lapan tahun menggunakan imej sama.

Menerusi foto tersebut, pengendali akaun media sosial Big Bang menggunakan gambar yang memaparkan wajah kelima-lima ahli kumpulan tersebut iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung serta Seungri.

Jika diamati semula, gambar tersebut merupakan poster konsert jelajah Big Bang pada tahun 2015.

Rata-rata peminat merasakan penukaran gambar profil itu seolah-olah memberikan bayangan bahawa Big Bang bakal mengegarkan semula industri hiburan K-pop.

Terdahulu, seorang anggota Big Bang, Seungri mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan selepas terpalit skandal rasuah, penggunaan bahan terlarang dan sindiket pelacuran pada Mac 2019.

Untuk rekod, Big Bang yang popular dengan lagu Fantastic Baby dan Love Song ditubuhkan pada tahun 2006.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI