fbpx

Pasar Awam Segamat ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Bandar Segamat ditutup hari ini hingga Sabtu depan susulan terdapat penularan Covid-19.

SEGAMAT – Semua aktiviti perniagaan di Pasar Awam Bandar Segamat di sini ditutup mulai hari ini sehingga Sabtu ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Segamat (MPS), Ungku Mohd. Tahir Ungku Mohd. Zakaria berkata, arahan penutupan dan menghentikan operasi perniagaan itu turut membabitkan gerai jualan buah-buahan, sayuran, ayam, daging, ikan dan tandas awam.

“Merujuk kepada pengawalan wabak Covid-19 di Segamat arahan ini dikeluarkan selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

“Sehubungan itu, semua jenis jualan dan urusan di pasar dan gerai yang disebut ditutup bermula 12 tengah malam semalam sehingga 12 tengah malam Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Pasar Awam Segamat ditutup susulan terdapat peniaga positif Covid-19.

Menurut Ungku Mohd Tahir lagi, arahan itu diambil bagi kerja sanitasi juga atas faktor keselamatan dan kesihatan peniaga dan orang ramai bagi mencegah penularan Covid-19 dengan lebih meluas.

Katanya, MPS sangat mengharapkan kerjasama semua pihak bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Sekiranya terdapat peniaga gagal atau ingkar arahan ini, penguatkuasaan serta tindakan boleh diambil menurut undang-undang yang diperuntukkan.

“Penguatkuasaan boleh dijalankan bersama pihak polis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, Akta Polis 1967 serta undang-undang kecil MPS,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI