fbpx
Dhenis Maulida Putri Masari, 7 (kanan) dan adiknya Putri Rama Dhania Azahra,3, (kiri).

Mayat dua beradik ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

ROMPIN – Pencarian dua beradik yang hilang di Sungai Rekoh, di sini, berakhir apabila mayat mereka berjaya ditemukan di dua lokasi berasingan hari ini.

Mayat pertama, Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam semalam pada jarak hampir 100 meter dari lokasi dia terjatuh.

Mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra,3, pula ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, dua beradik terbabit terjatuh ke dalam sungai selepas motosikal ditunggang ibunya terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan. – K! ONLINE