fbpx

KL City mahu tambah derita Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bojan berharap pasukannya dapat memberi yang terbaik dalam usaha menambah derita buat Harimau Selatan malam ini.

PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) sedikit tempang apabila menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini selepas kehilangan penyerang utama, Dominique Da Sylva ekoran kecederaan.

Dominique terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya tiga perlawanan liga kerana mengalami kecederaan ligamen kaki dan diarahkan oleh pegawai perubatan pasukan untuk berehat selama tiga minggu.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak yang percaya pasukannya terpaksa bergantung harap kepada pemain yang bukan secara semula jadinya beraksi di posisi penyerang.

“Dominique memang pemain cukup penting kepada pasukan kerana tanpa dia, kami tidak ba­nyak pilihan selain Romel Morales, namun dia lebih sesuai bertindak selaku perancang di belakang penyerang.

“Bagaimanapun, saya mungkin menimbangkan untuk meletakkan Safee Sali dalam kese­belasan utama atau mana-mana pemain di bahagian tengah yang boleh bertindak selaku penye­rang seperti Paulo Josue,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Bojan berharap pasukannya dapat memberi yang terbaik dalam usaha menambah derita buat Harimau Selatan pada pertemuan ini selepas skuad kendalian Benjamin Mora itu tewas mengejut kepada Terengganu FC (TFC) minggu lalu.

“Mengenai aksi bertemu JDT, saya percaya mereka pasti hadir ke sini dengan motivasi yang lebih bersemangat selepas kalah tempoh hari tetapi pada masa sama pasukan harus menyahut cabaran ini.

“Ini kerana pasukan lawan akan merasai tekanan dan situasi itu adalah normal dalam bola sepak tetapi kami akan cuba yang terbaik berikan saingan kepada JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI